every morning, at 2-3 minutes after 8, right after berita ringkas RTM, on Klasik Nasional, before my morning bath.
i like the musics.. i like the lyrics..
i'm being patriotic...
Ilham Pujangga (Ismail haron dan CikguZaharah Salleh)
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana
“Ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kaki,
tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya.
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan,
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan”
Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu
“Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu,
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara.
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara”
“Kau katakan pada aku sekarang jua,
apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi.”
“Pembela, harapan dan tiang segala bangsa dan negara”
“Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini”
“Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera”
Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi
Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa
2 comments:
uu..so patriotic!
aku suke lagu die..
very melayu-ish..
bile carik lirik, tgk2 lagu ala2 patriotic..
but still.. i LoIke!
Post a Comment