This beUty is counting the days...

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 15, 2009

mengemaskini

sudah lama saya tidak menjenguk blog ini
mungkin kerana sibuk atau buat-buat sibuk.
hanya kata-kata ringkas dari saya

1. saya agak sedih dengan keadaan di padang, indonesia. belum ada kesempatan untuk melawat tempat itu lagi, walaupun sudah ada di dalam senarai ingin melawat (termasuk dalam lawatan bukit tinggi). mungkin sekarang saya boleh mula merancang semula tempat-tampat yang perlu dilawati dan padang mesti diletakan dalam tempat utama. iyalah, padang merupakan asal-usul keturunan nenek moyangku.

2. saya juga ada mendapat tawaran kerja di kawasan yang dinamakan olak lempit. hanya setengah jam sahaja perjalanan dari rumah. walaupun pendapatannya agak lumayan kerana ia dimiliki oleh syarikat internasional, tetapi jawatan itu agak rendah dengan jawatanku sekarang. belum diketahui samada mahu diteruskan atau ditolak.

3. saya ingin menjemput rakan-rakan taulan sekelian ke majlis rumah terbuka kecik-kecilan yang akan dijalankan pada 17 haribulan oktober ini di kediaman saya yang terletak di kajang utama. hanya kecil-kecilan dan iya, angkasawan tidak dijemput.

4. saya tidak tahu menulis secara betul dalam bahasa melayu. rasanya agak kekok. tetapi memandangkan suami saya sudah mula menelefon menanyakan mengapa saya belum pulang kerana dia ingin ke tesco dengan kadar segera, saya perlu beredar sekarang. "sabarlah sayang. belum tutup komputer lagi ni".

5. sekian dahulu kata-kata dari saya.

3 comments:

Anonymous said...

laaa..sian firah!

Anonymous said...

tu...elok je bahasa melayu..heh.

idya said...

amek aa.. yg penting duit.. hehehe